Tuesday, October 21, 2014

Manfaat buah Tiin

KHASIAT BUAH TIN

image
Sabda Nabi Muhammad SAW: Sekiranya aku katakan, Sesungguhnya buah yang turun dari Syurga maka aku katakan, inilah buahnya (Tiin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya. (Hadis Riwayat Abu Darba;Suyuti).

Di antara tumbuhan yg terdapat dalam Al-Quran ialah madu, tin dan zaitun, kurma serta ‘habbah as-sauda’. Nama buah tin juga tercantum di dalam al-Quran di samping buah zaitun. Ia juga dikenali dengan nama Ara atau’Figs’, ia bukan berasal dari Malaysia tetapi dari negara Arab.

Rasanya yg manis, berwarna kehijauan (buah tin muda) dan apabila matang warna kulit berubah menjadi ungu kehitaman. Buah tin yg muda sering dijadikan sebagai sayur dalam masakan daging dan buah tin tua dan matang sangat lazat sebagai pencuci mulut, dijadikan jus, manisan kering dan lain2.

Khasiatnya banyak antaranya;
Beberapa kajian dan penelitian yg dilakukan tentang buah tin akan khasiat dan keistimewaan nya. Antaranya ialah:-
• Kajian dari California Fig Nutritional Information – buah tin mengandungi serat yg tinggi. Di mana, setiap 100gm buah tin kering mengandungi 12.2g serat berbanding dengan buah epal (2.0g).
• Kajian yg disiarkan di Qatar – buah tin ini kaya dengan kalsium dan potasium yg mengandungi zat benzaldehyde amat baik untuk melawan sel2 kanser.
• Website Cancer Foundation – kajian dari Institute of Physical and Chemical Research di Tokyo menunjukkan benzaldehyde terbukti sgt berkesan dalam melawan kanser

• Website Cancer Foundation – kajian dari Institute of Physical and Chemical Research di Tokyo menunjukkan benzaldehyde terbukti sgt berkesan dalam melawan kanser.
• Jabatan Pertanian Amerika Syarikat – buah tin mengandungi vitamin A, C, Kalsium, Magnesium hingga Potasium. Ia juga baik untuk mengawal nafsu makan dan menurunkan berat badan.
• Pakar kesihatan – dengan mengambil buah tin secara teratur, ia membantu membersihkan racun di dalam tubuh.
• Kajian dari Universiti Rutgers, New Jersey – ia membuktikan buah tin mengandungi antioksidan, Omega-3, Omega-6 yg mencegah penyakit jantung, rendah lemak, rendah kalori dan bebas kolestrol – sesuai untuk mereka yg mengidap penyakit diabetes.
• Prof. J.A Vinson dari Universiti Scranton, Amerika Syarikat – setiap 100gm buah tin mengandungi vitamin A (9.76IU), vitamin C (0.68mg), kalsium(133.0g) dan zat besi(3.07mg). Vitamin dan mineral ini sangat diperlukan oleh tubuh untuk menjaga dan memelihara kesihatan dalam tubuh kita.
• Pengarah Institut Pencegahan Penyakit, George Washington University Medical Centre (Dr. Oliver Alabaster) – mengatakan jika seseorang itu mengambil buah tin, beerti ia telah mengambil makanan yg menjamin kesihatannya dalam jangka masa yg panjang.
• Lembaga Penasihat Buah Tin (California Fig Advisory Board) – ia mengatakan bahawa buah tin sbg ‘Nature’s most nearly perfect fruit’ iaitu buah yg hampir mencapai kesempurnaan secara keseluruhan.
• Menurut Imam Ibnu Al Jawziyyah – buah tin dapat mengurangkan penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa serta langkah pencegahan untuk melawan racun dalam tubuh kita.

Jika buah tin dimakan dalam bentuk yg kering TETAPI tidak terlalu banyak, boleh membantu dalam :-

• mengelak daripada bahan2 keracunan
• melicinkan tekak dan dada
• mencuci hati dan jantung
• membersihkan lendir2 yg terdapat di dalam usus.
Buah tin baik untuk membantu merawat masalah
• penyakit buasir
• sakit2 dan bengkak badan
• batuk yg berpanjangan
• kencing tidal lawas

Rasa manis buah tin itu mengandungi zat2 yg penting dalam tubuh kita. Serat, kallium dan magnesium di dalam buah tin dapat mengurangkan serangan angin dan mengawal tekanan darah tinggi. Buah tin jugalah dijadikan pencegah untuk penyakit darah tinggi.

Bagi penyakit kencing manis pula, serat yg terdapat di dalam buah tin dapat memperlahankan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan serat yg tinggi dan karbohidrat mampu mengawal kadar gula darah seseorang.

Riwayat dari Abu Zar r.a :-
Nabi SAW bersabda: ‘ Kalau aku perkatakan tentang buah yg diturunkan dari Syurga, nescaya aku katakan ini lah dia. Kerana buah2an syurga tidak berbiji. Oleh itu, makan lah buah ini. Sesungguh nya dia menghentikan penyakit buasir serta bermanfaat untuk sakit – sakit  badan..

Fakta sains menjelaskan bahawa buah tin dari jenis (Carica Ficus), di Maroko dan negara-negara Afrika Utara lainnya, buah ini dikenal dengan sebutan “karmouss” dan karena keberadaanya yang banyak tersebar di pesisir Laut Tengah, maka buah ini banyak sekali disebutkan dalam literatur-literatur sejarah kuno dan sebagaimana juga disebutkan pada kitab-kitab samawi.

Fakta Sains Dan HadisDalam fakta sains modern menjelaskan bahawa cairan tin yang dicampurkan pada banyak ramuan-ramuan medical memiliki kemanjuran tinggi. Oleh karena itu nabi Muhammad SAW mengomentari buah ini dalam salah satu Sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abu Dardaa, bahwasanya telah dihidangkan kepada nabi sebuah menu dari buah tin, maka nabi mengajak sahabat-sahabatnya menyantapnya bersama, beliau lalu bersabda: “Jika aku mengatakan ada buah yang turun dari langit, maka buah inilah (menunjukkan buah tin)”.

Ibn Alqayyim dalam bukunya “ath-Thib Annabawi” mengomentari riwayat hadits diatas: “Menguji kemanjuran pengobatan nabi sebagai tersebut dalam hadits ini, dapat dianalisis beberapa teori. Pada zaman dahulu kala, buah tin telah banyak dipakai untuk kepentingan medis, tokoh-tokoh kedoktoran period awal juga seperti Ibn Sina telah banyak mengetahui buah tin mempunyai banyak faedah medis…”

Kelebihan Buah Tin

Melalui perubatan traditional pada dekad terakhir ini juga telah mengenal kemujaraban buah tin, dimana dianggap secara medis menyembuhkan berbagai penyakit seperti mengubati luka-luka, borok, flu burung, mag, gangguan sirkulasi mensturasi dan luka bakar. Disamping itu, buah tin juga kaya dengan vitamin A dan B serta kadar tertentu dari vitamin C. Dan mengandungi garam pokok seperti: Kalsium, fosfor, zat besi yang membangun pertumbuhan badan dan pembangkit tekanan darah. Selain itu, kandungan buah tin juga kaya dengan serat, kalium, dan magnesium yang dapat mengurangi serangan angin dan mampu mengawal tekanan darah tinggi serta mampu mengurangi berat badan. Oleh kerana itu buah tin sangat sesuai mengatasi masalah berat badan.

Dengan lebih jelas, di dalam kitab Tafsir al Munir tulisan Dr Wahbah az Zuhaili; seorang tokoh ulama’ di bumi Syam as Syarif, mentafsir surah at Tin yang mana penulis ada menyatakan bahawa buah tin ini mempunyai 1001 rahsia penyembuhan.  Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan penyembuhannya melalui pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari paling kurang selama 40 hari adalah:

1. Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak
2. Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.
3. Memecahkan batu karang di dalam badan.
4. Menyegarkan badan yang lesu.
5. Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.
6. Rawatan buasir.
7. Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dan lain-lain.
8. Rawatan penyakit GOUT.

Justeru, Allah SWT menyebutkan beberapa jenis buah dan tumbuh-tumbuhan di dalam al-Qur’an, menyebutkan buah tin sekali saja pada surah at-Tin. Surah terakhir ini merupakan surah satu-satunya mengambil judul nama tumbuhan, berbeza dengan surah yang bertema binatang yang banyak menjadi judul surah-surah al-Qur’an seperti: (Al-Baqarah = Sapi betina, an-Naml = semut, an-Nahl = lebah, al-’Ankabuut = laba-laba dan al-Fiil = gajah).

Dari keterangan diatas menegaskan bahawa tin merupakan buah yang sangat hebat, memiliki kegunaan medis yang sangat banyak. Selamat menunaikan ibadah puasa dan Salam Kasih Sayang dari Saya, Dr. Mir Khalid Sabran

No comments:

Post a Comment